Powered By Blogger
~Terima kasih kerana mengunjungi blog ini~

Sabtu, 5 Mac 2011

Cara Menghilangkan Kutu Kucing

Kutu kucing cukup merimaskan kerana membuatkan kucing tergaru- garu, lalu bulu kucing beterbangan di merata rumah. Demi mengurangkan kerimasan yang disebabkan oleh parasit ini, anda boleh mencuba beberapa langkah seperti ini:



1. Melumur/ menyapu minyak telon atau minyak tawon ke badan kucing. Minyak telon mungkin sukar ditemui di Malaysia jadi penggunaannya boleh diganti dengan minyak kapak atau betet.

2. Mandikan kucing dengan syampu anti kutu. Memandikan kucing juga perlu dilakukan dengan teknik yang betul.

3. Somprot dengan racun nyamuk . Gunakan semburan racun nyamuk seperti Ridsect, Shieldtox, Mortein dsb yang berasas air kerana somprot berasas air akan membunuh serangga kemudian tersejat ke udara. Kalau somprotan berasas minyak itu akan kekal di permukaan dan jika dijilat kucing, kucing itu kemungkinan mati bersama- sama kutu.

4. Rendam kucing dalam air mengandungi anti kutu. Teknik ini dikenali sebagai flea dipping. Cara ini agak agresif kerana ia tidak hanya membasmi kutu, malah telur kutu dan kurap. Jadi dipping tidak boleh dilakukan terlalu kerap. Anda boleh memilih dipping menggunakan bahan yang dikilang atau membuat ramuan dip sendiri dengan air rebuan sirih.

5. Pasang kolar anti kutu. Sebiji kolar kutu kucing biasanya bertindak segera bagi semua kutu kucing gugur dari bulunya. Gas yang boleh meracuni kutu itu akan meresap ke bahagian lapisan lemak kucing terutamanya di kepala dan lehernya. Kucing yang sudah dewasa dan jarang keluar rumah amat sesuai dipakaikan kolar anti kutu.

6. Lumur bedak atau somprotan anti kutu khusus untuk kucing. Bedak Carrie Junior tidak akan memberi kesan kepada kucing. Bedak yang dimaksudkan boleh didapati di kedai aksesori haiwan. Teknik ini biasanya bertahan selama 2-3 hari sahaja.

7. Berikan kucing pil anti kutu. Pil kutu berfungsi dengan cara menghentikan tumbesaran larva tetapi tidak mengapa- apakan kutu dewasa kecuali kutu betina hanya akan menghasilkan telur yang tidak dapat menetas. Kutu akan hilang sepenuhnya selepas tamat kitaran hidup kutu dewasa.

8. Jaga kebersihan selililing. Penjagaan kebersihan ini adalah bertujuan mengelakkan kutu kucing dari menjangkiti kulit kita dan mengakibatkan trauma, iritasi dan sebagainya. Persekitaran kita boleh dijaga dengan memvakum sofa, karpet almari setiap hari. Cadar, bantal dan selimut juga perlu selalu dicuci.

9. Rawatan spot on. Rawatan spot on lebih dikenali sebagai frontline. Frontline akan diletak di celah dua belah bahu kucing. Ia akan berkesan membunuh kutu selama sebulan. Frontline akan membunuh kutu dewasa dan mencegah tumbesaran larva.



Begitulah serba sedikit mengenai petua menghidarkan haiwan kesayangan kita dari kutu parasit. Tidak remeh menjaga kucing asalkan betul tekniknya dan berbaloi melihat kucing itu setia pada tuan yang menjaganya. Jika semuanya juga tidak berkesan atau tidak mampu dilakukan, tuan punya kucing sendiri juga boleh mencari kutu dan membunuh satu persatu, sepertimana mencari kutu di rambut orang.

11 ulasan:

  1. kalau letak minyak kapak xmati ke kucing tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1- boleh sgt lahh , air suam lah yg bagus . terutama untuk anak kucing , tak digalakkan mandi dgn air sejuk .
      2-kutu kalau hidup dkt atas kepala manusia pun dia tak suka sbb darah nya lain . tapi dia boleh gigit kita smpi bengkak-2 .
      tolong jgn letak menyak sembarangan cth mcm minyak kapak ! ia membahayakan kucing . sbb kulit kucing tak sama mcm kulit kita .


      CARA PALING SELAMAT BUANG KUTU ialah :
      1)Beli sikat kutu dan dan bunuh kutu 1 per satu .
      2)Pergi dkt veterinarn swasta atau kerajaan dan beli ubat ANTI_KUTU . tak mahal paling murah dlm rm 10 sebotol dan paling mahal rm 20 sebotol .

      Cara mencegah KUTU :
      Beli SEBIJI LEMON , hiris kan lemon tu pastu didihkan lemon tu dalam 10 minit . Lepastu biarkan semalaman . Esoknya ambik air lemon tu pastu letak dalam bekas SPRAY . Spray dkt badan kucing tu . JANGAN BASAHKAN KUCING dgn air lemon pulak ! Cuma spray-2 kan aje bg dia lembap-2 sikit airnya .
      Kulit kucing sensitif sikit .

      Padam
  2. bkar je ape susah jimat kos hihihi......

    BalasPadam
  3. 1 - Boleh x kalau mandikan kucing dgn air suam..? Sbb kucing saya takut dgn air sejuk.. Nak guna air suam bimbang jadi masalah lain plak.. Manalah tau.. Bulu jadi rapuh ke, bulu luruh ke.. kan..??
    2 - Soalan paling ngeri :
    ˋ ADAKAH KUTU KUCING BOLEH BERJANGKIT DAN HIDUP ATAS KEPALA KITA ˊ
    ..Ye laa..budak2 suka tido ngan kucing.. Manalah tau kann..?? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1- boleh sgt lahh , air suam lah yg bagus . terutama untuk anak kucing , tak digalakkan mandi dgn air sejuk .
      2-kutu kalau hidup dkt atas kepala manusia pun dia tak suka sbb darah nya lain . tapi dia boleh gigit kita smpi bengkak-2 .
      tolong jgn letak menyak sembarangan cth mcm minyak kapak ! ia membahayakan kucing . sbb kulit kucing tak sama mcm kulit kita .


      CARA PALING SELAMAT BUANG KUTU ialah :
      1)Beli sikat kutu dan dan bunuh kutu 1 per satu .
      2)Pergi dkt veterinarn swasta atau kerajaan dan beli ubat ANTI_KUTU . tak mahal paling murah dlm rm 10 sebotol dan paling mahal rm 20 sebotol .

      Cara mencegah KUTU :
      Beli SEBIJI LEMON , hiris kan lemon tu pastu didihkan lemon tu dalam 10 minit . Lepastu biarkan semalaman . Esoknya ambik air lemon tu pastu letak dalam bekas SPRAY . Spray dkt badan kucing tu . JANGAN BASAHKAN KUCING dgn air lemon pulak ! Cuma spray-2 kan aje bg dia lembap-2 sikit airnya .
      Kulit kucing sensitif sikit .

      Padam
  4. 1- boleh sgt lahh , air suam lah yg bagus . terutama untuk anak kucing , tak digalakkan mandi dgn air sejuk .
    2-kutu kalau hidup dkt atas kepala manusia pun dia tak suka sbb darah nya lain . tapi dia boleh gigit kita smpi bengkak-2 .
    tolong jgn letak menyak sembarangan cth mcm minyak kapak ! ia membahayakan kucing . sbb kulit kucing tak sama mcm kulit kita .


    CARA PALING SELAMAT BUANG KUTU ialah :
    1)Beli sikat kutu dan dan bunuh kutu 1 per satu .
    2)Pergi dkt veterinarn swasta atau kerajaan dan beli ubat ANTI_KUTU . tak mahal paling murah dlm rm 10 sebotol dan paling mahal rm 20 sebotol .

    Cara mencegah KUTU :
    Beli SEBIJI LEMON , hiris kan lemon tu pastu didihkan lemon tu dalam 10 minit . Lepastu biarkan semalaman . Esoknya ambik air lemon tu pastu letak dalam bekas SPRAY . Spray dkt badan kucing tu . JANGAN BASAHKAN KUCING dgn air lemon pulak ! Cuma spray-2 kan aje bg dia lembap-2 sikit airnya .
    Kulit kucing sensitif sikit .

    BalasPadam
  5. kalau guna minyak kapak x mti ke kucing

    BalasPadam
  6. ade x cara lain selain beli ubat anti kutu kat vet sbab vet kat area ni asik tutup ajer.

    BalasPadam
  7. Klu guna ubat kutu yg spot on 2,x pe ke klu kucing terjilat??? Sbb kucing kan suka bl kena air kibas2 bulu...pas2 jilat2 kat kaki...kaki 2 kan dah garu tempat ubat kutu 2

    BalasPadam
  8. kalau tak tahu ridsect jenis mende kena pakai, better jgn lah sembur. ayah saya sembur kat kucing sy, keesokan hari, dagu dia bengkak, harap2 takdok mende, surut la petang ni

    BalasPadam
  9. Kucing saya selalu gatal2 dan menggaru tetapi sy check takde plk kutu..tp badan sy teras ada bintik2 merah dan gatal selepas pegang kucing sy tu..nk tahu jugak kenapa jd mcm tu..sebab tgk bulu dia aakde kutu pun ..

    BalasPadam