Powered By Blogger
~Terima kasih kerana mengunjungi blog ini~

Rabu, 9 Mac 2011

Cara Mudah Tidur Secara Semulajadi

Masalah sukar tidur ada beberapa jenis iaitu; susah untuk cuba tidur; selalu terjaga semasa tidur; dan tidur tidak teratur. Malah ada manusia yang kasihan sekali menghadapi kesemua masalah tersebut serentak. Hal sebegini sangatlah menjengkelkan, merimaskan dan mengganggu rutin harian pengidapnya.

Kesukaran untuk tidur malam boleh dirawat dengan cara mengambil pil tidur atau obat- obatan lain. Namun begitu jika terlalu sering, kebimbangan lain akan muncul iaitu kesan sampingan pil terhadap tubuh. Jadi, jalan lain untuk mengatasi masalah sukar tidur ialah secra semulajadi yang tidak mendatangkan kesan buruk.

1. Meditasi. Cara ini lebih tertumpu ke arah psikologi dan bukannya fizikal. Amalkan selalu dan anda akan rasai perbezaannya.

2. Perbaiki tempat tidur. Carilah jalan untuk menjauhkan tempat tidur dari kekotoran atau bising atau silau dan sebagainya. Masalah insomnia akibat persekitaran sememangnya mudah dirawat iaitu dengan menghindar gangguan.

3. Pengambilan herba. Teh ceylon, teh Sabah, teh boh, teh cina, teh bunga dsb adalah herba yang mudah didapati di mana- mana. Amalkan pengambilan minuman herba kerana ia akan melancarkan peredaran darah seterusnya menghilangkan kepenatan yang mengakibatkan insomnia.

4. Elakkan minum arak. 2 jam sebelum tidur adalah waktu pantang minum minuman keras kerana ia biasanya berakhir buruk. Elakkan juga kafeina sebelum tidur.


Sebelum mencari jalan untuk merawat insomnia, ada baiknya anda mengenalpasti punca kesukaran tidur itu seperti tekanan, lelah, kesakitan, akibat hormon dan lain- lain. Jika anda sudah pernah mengamalkan perkara di atas tapi tetap berhadapan masalah sukar tidur, mungkin anda melakukan salah satu daripada kesilapan berikut:


1. Makan pil tidur. Ia cara yang cepat tapi tidak boleh diamalkan. Pil tidur mengandungi kompoun benzodiazepines untuk mempercepatkan tidur tetapi akan mengakibatkan tubuh terlalu bergantung kepadanya, dengan kata lain akan mengakibatkan ketagihan.

2. Baring di tempat tidur terlalu awal. Jika sukar tidur malam, anda mungkin akan cuba untuk tidur awal esok malamnya. Tapi kenyataan apabila baring terlalu awal, anda hanya berguling- guling dan semakin sukar terlelap. Malah anda berpotensi untuk terjaga tengah malam lalu akhirnya kesiangan. Jadi corak tidur sudah terganggu.

3. Membaca atau menonton TV dengan harapan akan jadi mengantuk. Anda tidak akan tertidur dengan lebih cepat dengan membaca atau menonton tv. Ia hanya menjadikan anda lebih sukar memasuki fasa rehat tubuh dan minda bawah sedar belum bersedia untuk aktif.



Sumber: Ezinearticles

Isnin, 7 Mac 2011

Emosi di Setiap Jari

Emosi dan perasaan adalah seperti gelombang tenaga yang bergerak melalui badan, fikiran dan jiwa kita. Di setiap jari terdapat saluran aliran tenaga yang berhubungan dengan organ tubuh dan emosi yang bersangkutan. Perasaan yang sangat kuat atau luar biasa akan menyumbat aliran tenaga yang mengakibatkan rasa sakit atau rasa sesak di tubuh kita. Memegang jari sambil menarik nafas dalam- dalam akan mengurangkan ketegangan fizikal dan emosi.

Gerakan memegang jari ini sememangnya membantu dalam kehidupan seharian. Semasa kita berada dalam kesulitan, marah, tegang, takut atau menangis, jari boleh dipegang untuk mendatangkan rasa tenang, dan fokus sehingga kita mampu menghadapi keadaan itu dan membuat keputusan dengan baik. Gerakan ini juga boleh dilakukan untuk santai dengan muzik, atau dilakukan sebelum tidur untuk muhasabah diri. Latihan ini boleh dilakukan bersendirian atau bersama orang lain.

Peganglah satu-persatu jari dengan tangan yang lain selama 2 -5 minit. Tarik nafas dalam- dalam, rasakan perasaan kuat atau perasaan yang mengganggu anda. Hembuskan nafas secara perlahan dan lepaskan tangan. Bayangkan persaan-perasaan itu mengalir keluar dari hujung jari anda dan masuk ke dalam bumi. Konsepnya hampir serupa yoga.

Anda akan dapat merasakan semasa memegang jari, ada denyutan ketika tenaga dan perasaan mengalir dan mencapai keseimbangan. Jadi, anda boleh memegang jari orang lain yang sedang marah atau bersedih bagi membantu mereka, dan juga anak kecil yang menangis, atau orang yang sedang takut, sakit mahupun orang yang hampir meninggal.

Mengembalikan Fail yang Sudah Dipadam di Komputer, Pendrive, MMC

Siapa tahu suatu hari nanti anda akan dengan tidak sengaja memadam fail yang akhirnya berguna kepada anda. Pada saat begitu, anda akan berharap semua itu tidak pernah berlaku dan anda ingin mengembalikan fail itu semula. Software yang membolehkan fail yang sudah dipadam itu didapatkan semula ialah RECUVA yang saiznya 2.5mb. Jika belum punya Recuva, anda boleh download di sini. Seterusnya seperti biasa, run program, install, next, ok dan sebagainya.

Seterusnya, buka Recuva dan klik pada folder yang mana fail tersebut pernah disimpan. Klik pada option, klik tab action dan tanda semua fail yang tersenarai itu. Klik ok, kemudian scan, dan tunggu beberapa kejap dan anda akan dapat melihat semua fail yang pernah ada di drive anda.