Powered By Blogger
~Terima kasih kerana mengunjungi blog ini~

Jumaat, 24 Disember 2010

Asal Usul Tali Leher

Pada zaman Renaissance, orang Eropah kebanyakan hanya menggunakan baju berkolar dan . Pada kurun ke 17 pula, mereka memakai ruf dan kolar. Pada pertengahan kurun ke-17 pula, telah muncul pewaris tali leher.

Semasa perang 30 tahun (1618-1648), pendakwah dari Kroatia telah memakai kerchief di leher mereka, dengan hujungnya dibiarkan tidak berikat. Orang- orang yang peka akan fesyen akan menjadikan kerchief sebagai keperluan di samping dijadikan benda untuk bergaya. Pemakaian kerchief sangat praktikal kerana ia tidak perlu dilunturkan, memudahkan menggosok dan penyeratan kain yang diperlukan ruf- ruf itu.

Gaya itu dibawa ke perhatian ramai oleh King Louis XIV, dan menjelang 1650, orang Perancis telah menerima baik fesyen itu. Fesyen itu kemudiannya tersebar di seluruh Eropah sebelum ke seluruh dunia.


http://www.rdasia.com.my/what_is_the_origin_of_the_tie


Rabu, 7 Julai 2010

Trik Menggunakan Keyboard Sebagai Mouse

Kita boleh menggantikan mouse dengan menggunakan keyboard. Ia amat membantu apabila mouse tidak berfungsi dengan baik atau apabila kita sengaja mencuba- cuba ;p


1. Aktifkan key mouse dengan menekan Alt+Left kekunci shift (yang di bawah key Caps Lock) dan juga key Num Lock.

Deaktifkan dengan menekan kesemua kombinasi tadi.

Gunakan numeric keypad untuk menggerakkan pointer mouse.

Berikut adalah beberapa tips yang mungkin membantu menambahkan pengalaman menggunakan Mouse Keys:

- Anda mungkin mahu menetapkan pilihan anda untuk hal- hal seperti di bawah (untuk mengubah option, double click pada ikon mouse pada systray dan klik settings)

1) Pilih ‘Hold down Ctrl to speed up Shift to slow down’ (ini akan membantu jika anda mahu ke suatu poin dengan cepat menggunakan kursor)

2) Tukarkan option kepada ‘off‘ di mana terdapat ‘Use Mouse Keys when NumLock is:‘ (agar dapat menggunakan numeric keypad jika ingin menaip angka)

Berikut pula adalah fungsi yang boleh digunakan dengan Numeric Keypad:

Tekan 5 = klik kiri seperti mouse normal

Tekan 0 dan gerakkan pointer= untuk select teks pada keyboard normal

Tekan * atau - kemudian tekan 5 = klik kanan pada mouse normal (untuk menggunakan 5 bagi mengklik kiri, tekan butang /).

bagi scroll ke atas dan ke bawah (up dan down) anda boleh menggunakan sama ada butang arrow atau butang Page Up dan Page Down. Anda juga boleh menggunakan spacebar untk pergi ke muka surat terbawah.

Masih banyak lagi kombinasi keyboard bagi menggantikan mouse tetapi tidak saya sertakan.


Selamat mencuba =D