~Terima kasih kerana mengunjungi blog ini~

Isnin, 7 Mac 2011

Emosi di Setiap Jari

Emosi dan perasaan adalah seperti gelombang tenaga yang bergerak melalui badan, fikiran dan jiwa kita. Di setiap jari terdapat saluran aliran tenaga yang berhubungan dengan organ tubuh dan emosi yang bersangkutan. Perasaan yang sangat kuat atau luar biasa akan menyumbat aliran tenaga yang mengakibatkan rasa sakit atau rasa sesak di tubuh kita. Memegang jari sambil menarik nafas dalam- dalam akan mengurangkan ketegangan fizikal dan emosi.

Gerakan memegang jari ini sememangnya membantu dalam kehidupan seharian. Semasa kita berada dalam kesulitan, marah, tegang, takut atau menangis, jari boleh dipegang untuk mendatangkan rasa tenang, dan fokus sehingga kita mampu menghadapi keadaan itu dan membuat keputusan dengan baik. Gerakan ini juga boleh dilakukan untuk santai dengan muzik, atau dilakukan sebelum tidur untuk muhasabah diri. Latihan ini boleh dilakukan bersendirian atau bersama orang lain.

Peganglah satu-persatu jari dengan tangan yang lain selama 2 -5 minit. Tarik nafas dalam- dalam, rasakan perasaan kuat atau perasaan yang mengganggu anda. Hembuskan nafas secara perlahan dan lepaskan tangan. Bayangkan persaan-perasaan itu mengalir keluar dari hujung jari anda dan masuk ke dalam bumi. Konsepnya hampir serupa yoga.

Anda akan dapat merasakan semasa memegang jari, ada denyutan ketika tenaga dan perasaan mengalir dan mencapai keseimbangan. Jadi, anda boleh memegang jari orang lain yang sedang marah atau bersedih bagi membantu mereka, dan juga anak kecil yang menangis, atau orang yang sedang takut, sakit mahupun orang yang hampir meninggal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan