Powered By Blogger
~Terima kasih kerana mengunjungi blog ini~

Selasa, 15 Februari 2011

Lelaki Dalam Logo NBA



Tidak ramai tahu bahawa bayang dalam logo NBA itu adalah bayang bintang sepanjang masa NBA. Bayang itu adalah milik Jerry West, pemain Los Angeles Lakers. Pemain yang digelar Mr Clutch ini disebut-sebut sebagai guard terbaik dalam sejarah NBA. Bukan hanya kerana tinggi badan dan aspek atletiknya, tetapi juga kerana insiden berdarah sering menimpa dirinya.

Sekurang-kurangnya sembilan kali Jerry West mengalami patah tulang hidung semasa bertanding. Jerry West sudah 14 kali masuk dalam All Star Team, namun hanya sekali memenangi pertandingan. Beliau menjadi orang ketiga yang mencatat lebih dari 25 ribu poin, iaitu merekod purata 27 poin dalam setiap perlawanan. Pada tahun 1997, Jerry West disenaraikan sebagai 50 pemain terbaik dalam sejarah NBA.




Sumber: zkn90






Ehoza.com - Global Information Community

Tiada ulasan:

Catat Ulasan