~Terima kasih kerana mengunjungi blog ini~

Sabtu, 5 Februari 2011

Beza Layar LED dengan Layar LCD

Teknologi LED dikatakan jauh lebih bagus daripada teknologi LCD. Inilah beberapa perbezaan ketara antara LED dengan LCD.



1. Harga. Harga tv LED 50% lebih mahal berbanding LCD, namun jurang harga itu semakin mengecil sehingga sekarang. Tv LED menggunakan diod LED sebagai sumber cahayanya bagi televisyen. Oleh itu, imej yang terhasil akan lebih jelas dan berwarna- warni. Warna hitam akan kelihatan hitam legam dan bukannya kelabu asap, warnanya begitu realistik jika dibandingkan dengan LCD. Tv LED boleh mencapai nisbah kontra sehingga 500 000:1. Jadi lebih lebih jelas bagi penonton melihat semua pergerakan contohnya dalam siaran sukan dan filem.


2. Kesan terhadap alam sekitar. Proses pembuatan tv LCD menggunakan raksa sedangkan sebaliknya bagi tv LED. Raksa amatlah tidak mesra alam. HDTV LED juga jimat 40% penggunaan tenaga berbanding tv LCD dengan saiz yang sama. Penggunaan tenaga adalah rahsia terpencil bagi semua barisan HDTV yang baru diperkenalkan.


3. Berat dan ketebalan. Tv LCD biasanya 3 kali ganda lebih tebal berbanding tv LED yang sama saiz. Berat tv LCD pula kira- kira 2 kali ganda berat tv LED.




Sumbernya: TV

Tiada ulasan:

Catat Ulasan