~Terima kasih kerana mengunjungi blog ini~

Rabu, 16 Februari 2011

Formula Matematik untuk Mengetahui Mukasurat Setiap Juzuk

Inilah beberapa tips atau formula matematik untuk memudahkan anda menghafal kedudukan halaman muka surat Al-Quran bagi setiap Juzu’. Tips ni hanya dapat digunakan untuk Al-Quran Mushaf Uthmani
yang standard sahaja.

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman yang ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan nombor 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah terletak di halaman 82.

Sekarang lihat di dalam Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82.

juz 5 al-quran




Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman yang ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan nombor 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182.

juz 10 al-quran



Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 24 di halaman yang ke berapa:
24-1 = 23, 23 perlu didarab dengan 2 jadi 23 x 2 = 46
Letakkan nombor 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 24 adalah pada halaman 462.


juz 24 al-quran


Semoga bermanfaat.. Kalau ada salah dan silap, harap maaf...


Copy paste dari: Lantakos

Tiada ulasan:

Catat Ulasan