Powered By Blogger
~Terima kasih kerana mengunjungi blog ini~

Khamis, 21 April 2011

Ubat Semulajadi Bagi Malaria dan Diabetes

Penyakit malaria dan diabetes adalah salah satu penyakit yang paling menyiksa zahir dan batin, menanggung sakit, berpantang makan makanan kegemaran, memikirkan dompet kosong demi biaya perubatan, ahli keluarga bersedih, semua itu terpaksa dihadapi serentak oleh penderita.

Namun kenyataannya penyakit ini boleh diubati dengan mengamalkan makan sayur peria. Peria yang juga terkenal di Afrika Timur, Australia, dan Amerika Latin sejak dulu sebagai pengubat malaria. Orang dulu- dulu menangkis kencing manis dan malaria dengan peria yang boleh disajikan dengan pelbagai cara.
Terdapat sekurang- kurangnya 32 senyawa aktif boleh ditemukan dalam peria termasuk beta-sitosterol-d-glucoside (bahan antidiabetes), sitrulin (asid amino yang meningkatkan penghasilan nitrit oksida), likopen (senyawa antioksidan), lutein dan zeaxanthin (karotenoid yang mampu melindungi kita dari penyakit mata akibat lanjut usia).

Peria mempunyai fungsi menurunkan gula darah dan mampu melawan diabetes mellitus 2. Ekstrak peria juga dijadikan ubat untuk menghentikan pertumbuhan sel-sel barah payudara.
Bagi yang tidak dapat menahan rasa pahitnya, anda boleh menggunakan bahan-bahan campuran lain yang kuat seperti kucai, cendawan atau tauhu. Selain itu, anda juga boleh menggunakan peria yang hampir masak. Ada juga yang merebus peria setengah masak dalam air garam tetapi cara ini tidak begitu digalakkan kerana akan mempengaruhi tekstur dan rasa asal peria.

Khamis, 14 April 2011

Panggilan telefon Bimbit yang Pertama di Dunia

Panggilan telefon bimbit pertama di dunia dibuat pada 3 April 1973, 38 tahun lalu oleh seorang pengurus besar firma Motorola, Martin Cooper di pusat bandar New York.

Cooper yang pada masa itu berusia 44 tahun, keluar bersiar-siar dengan membawa telefon bimbit prototaip Motorola Dyna-TAC sambil diperhatikan orang ramai yang terkejut melihat gajet yang dibawanya.

"Semasa saya bersiar-siar, penduduk New York kagum melihat seseorang berjalan sambil bercakap di telefon. Anda perlu ingat ketika itu tahun 1973, tiada lagi telefon tanpa kod apatah lagi telefon selular (bimbit)," kata Cooper yang kini berusia 82 tahun.

Menurutnya, orang pertama yang dihubungi dengan menggunakan telefon bimbit itu ialah ketua unit penyelidikan firma telefon Bell, Dr. Joel S Engel yang juga saingannya, sebelum dia menghubungi beberapa wartawan.

"Saya menelefon Engel untuk memberitahunya bahawa kami telah mengatasi Bell dalam perlumbaan untuk menghasilkan telefon bimbit pertama di dunia," katanya.

Cooper kemudian membenarkan wartawan-wartawan tersebut membuat panggilan mereka sebagai bukti bahawa mereka bukan ditipu dan dia bukan berjenaka.

Telefon bimbit Dyna-TAC yang seberat 0.6 kilogram berada dalam pasaran 10 tahun kemudian iaitu pada 1983, dan dijual pada harga mencecah RM10,592 (AS$3,500).



Sumbernya: http://iniaminzunaidi.blogspot.com/2011/04/panggilan-telefon-bimbit-pertama-38.html

Rabu, 13 April 2011

Tentang Hidung

Hidung adalah deria yang kita gunakan untuk mengenali persekitaran atau sesuatu dari aroma yang dihasilkan. Kita mampu dengan mudah mengenali makanan yang sudah busuk dengan yang masih segar dengan mudah hanya dengan mencium aroma makanan tersebut. Di dalam hidung kita terdapat banyak sel kemoreseptor untuk mengenal bau.

Kita memiliki lubang hidung di kiri dan kanan, apakah fungsinya sama untuk menghirup dan membuang nafas? Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan perbezaannya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).

Apabila kita sakit kepala, tutuplah lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri selama kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh. Bagi yang lelah, tutup lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan.

Perempuan lebih bernafas dengan hidung sebelah kiri, jadi hati selalu dingin. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, jadi lelaki mudah marah.

Semasa bangun pagi, jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, ertinya kita sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, Anda akan kembali segar dengan cepat. Cara ini kadang- kadang diajarkan kepada budak, tetapi ia sebenarnya lebih berkesan kepada orang dewasa.

Rabu, 9 Mac 2011

Cara Mudah Tidur Secara Semulajadi

Masalah sukar tidur ada beberapa jenis iaitu; susah untuk cuba tidur; selalu terjaga semasa tidur; dan tidur tidak teratur. Malah ada manusia yang kasihan sekali menghadapi kesemua masalah tersebut serentak. Hal sebegini sangatlah menjengkelkan, merimaskan dan mengganggu rutin harian pengidapnya.

Kesukaran untuk tidur malam boleh dirawat dengan cara mengambil pil tidur atau obat- obatan lain. Namun begitu jika terlalu sering, kebimbangan lain akan muncul iaitu kesan sampingan pil terhadap tubuh. Jadi, jalan lain untuk mengatasi masalah sukar tidur ialah secra semulajadi yang tidak mendatangkan kesan buruk.

1. Meditasi. Cara ini lebih tertumpu ke arah psikologi dan bukannya fizikal. Amalkan selalu dan anda akan rasai perbezaannya.

2. Perbaiki tempat tidur. Carilah jalan untuk menjauhkan tempat tidur dari kekotoran atau bising atau silau dan sebagainya. Masalah insomnia akibat persekitaran sememangnya mudah dirawat iaitu dengan menghindar gangguan.

3. Pengambilan herba. Teh ceylon, teh Sabah, teh boh, teh cina, teh bunga dsb adalah herba yang mudah didapati di mana- mana. Amalkan pengambilan minuman herba kerana ia akan melancarkan peredaran darah seterusnya menghilangkan kepenatan yang mengakibatkan insomnia.

4. Elakkan minum arak. 2 jam sebelum tidur adalah waktu pantang minum minuman keras kerana ia biasanya berakhir buruk. Elakkan juga kafeina sebelum tidur.


Sebelum mencari jalan untuk merawat insomnia, ada baiknya anda mengenalpasti punca kesukaran tidur itu seperti tekanan, lelah, kesakitan, akibat hormon dan lain- lain. Jika anda sudah pernah mengamalkan perkara di atas tapi tetap berhadapan masalah sukar tidur, mungkin anda melakukan salah satu daripada kesilapan berikut:


1. Makan pil tidur. Ia cara yang cepat tapi tidak boleh diamalkan. Pil tidur mengandungi kompoun benzodiazepines untuk mempercepatkan tidur tetapi akan mengakibatkan tubuh terlalu bergantung kepadanya, dengan kata lain akan mengakibatkan ketagihan.

2. Baring di tempat tidur terlalu awal. Jika sukar tidur malam, anda mungkin akan cuba untuk tidur awal esok malamnya. Tapi kenyataan apabila baring terlalu awal, anda hanya berguling- guling dan semakin sukar terlelap. Malah anda berpotensi untuk terjaga tengah malam lalu akhirnya kesiangan. Jadi corak tidur sudah terganggu.

3. Membaca atau menonton TV dengan harapan akan jadi mengantuk. Anda tidak akan tertidur dengan lebih cepat dengan membaca atau menonton tv. Ia hanya menjadikan anda lebih sukar memasuki fasa rehat tubuh dan minda bawah sedar belum bersedia untuk aktif.



Sumber: Ezinearticles

Isnin, 7 Mac 2011

Emosi di Setiap Jari

Emosi dan perasaan adalah seperti gelombang tenaga yang bergerak melalui badan, fikiran dan jiwa kita. Di setiap jari terdapat saluran aliran tenaga yang berhubungan dengan organ tubuh dan emosi yang bersangkutan. Perasaan yang sangat kuat atau luar biasa akan menyumbat aliran tenaga yang mengakibatkan rasa sakit atau rasa sesak di tubuh kita. Memegang jari sambil menarik nafas dalam- dalam akan mengurangkan ketegangan fizikal dan emosi.

Gerakan memegang jari ini sememangnya membantu dalam kehidupan seharian. Semasa kita berada dalam kesulitan, marah, tegang, takut atau menangis, jari boleh dipegang untuk mendatangkan rasa tenang, dan fokus sehingga kita mampu menghadapi keadaan itu dan membuat keputusan dengan baik. Gerakan ini juga boleh dilakukan untuk santai dengan muzik, atau dilakukan sebelum tidur untuk muhasabah diri. Latihan ini boleh dilakukan bersendirian atau bersama orang lain.

Peganglah satu-persatu jari dengan tangan yang lain selama 2 -5 minit. Tarik nafas dalam- dalam, rasakan perasaan kuat atau perasaan yang mengganggu anda. Hembuskan nafas secara perlahan dan lepaskan tangan. Bayangkan persaan-perasaan itu mengalir keluar dari hujung jari anda dan masuk ke dalam bumi. Konsepnya hampir serupa yoga.

Anda akan dapat merasakan semasa memegang jari, ada denyutan ketika tenaga dan perasaan mengalir dan mencapai keseimbangan. Jadi, anda boleh memegang jari orang lain yang sedang marah atau bersedih bagi membantu mereka, dan juga anak kecil yang menangis, atau orang yang sedang takut, sakit mahupun orang yang hampir meninggal.