Masalah sukar tidur ada beberapa jenis iaitu; susah untuk cuba tidur; selalu terjaga semasa tidur; dan tidur tidak teratur. Malah ada manusia yang kasihan sekali menghadapi kesemua masalah tersebut serentak. Hal sebegini sangatlah menjengkelkan, merimaskan dan mengganggu rutin harian pengidapnya.
Kesukaran untuk tidur malam boleh dirawat dengan cara mengambil pil tidur atau obat- obatan lain. Namun begitu jika terlalu sering, kebimbangan lain akan muncul iaitu kesan sampingan pil terhadap tubuh. Jadi, jalan lain untuk mengatasi masalah sukar tidur ialah secra semulajadi yang tidak mendatangkan kesan buruk.
1. Meditasi. Cara ini lebih tertumpu ke arah psikologi dan bukannya fizikal. Amalkan selalu dan anda akan rasai perbezaannya.
2. Perbaiki tempat tidur. Carilah jalan untuk menjauhkan tempat tidur dari kekotoran atau bising atau silau dan sebagainya. Masalah insomnia akibat persekitaran sememangnya mudah dirawat iaitu dengan menghindar gangguan.
3. Pengambilan herba. Teh ceylon, teh Sabah, teh boh, teh cina, teh bunga dsb adalah herba yang mudah didapati di mana- mana. Amalkan pengambilan minuman herba kerana ia akan melancarkan peredaran darah seterusnya menghilangkan kepenatan yang mengakibatkan insomnia.
4. Elakkan minum arak. 2 jam sebelum tidur adalah waktu pantang minum minuman keras kerana ia biasanya berakhir buruk. Elakkan juga kafeina sebelum tidur.
Sebelum mencari jalan untuk merawat insomnia, ada baiknya anda mengenalpasti punca kesukaran tidur itu seperti tekanan, lelah, kesakitan, akibat hormon dan lain- lain. Jika anda sudah pernah mengamalkan perkara di atas tapi tetap berhadapan masalah sukar tidur, mungkin anda melakukan salah satu daripada kesilapan berikut:
1. Makan pil tidur. Ia cara yang cepat tapi tidak boleh diamalkan. Pil tidur mengandungi kompoun benzodiazepines untuk mempercepatkan tidur tetapi akan mengakibatkan tubuh terlalu bergantung kepadanya, dengan kata lain akan mengakibatkan ketagihan.
2. Baring di tempat tidur terlalu awal. Jika sukar tidur malam, anda mungkin akan cuba untuk tidur awal esok malamnya. Tapi kenyataan apabila baring terlalu awal, anda hanya berguling- guling dan semakin sukar terlelap. Malah anda berpotensi untuk terjaga tengah malam lalu akhirnya kesiangan. Jadi corak tidur sudah terganggu.
3. Membaca atau menonton TV dengan harapan akan jadi mengantuk. Anda tidak akan tertidur dengan lebih cepat dengan membaca atau menonton tv. Ia hanya menjadikan anda lebih sukar memasuki fasa rehat tubuh dan minda bawah sedar belum bersedia untuk aktif.
Sumber: Ezinearticles