~Terima kasih kerana mengunjungi blog ini~

Rabu, 2 Mac 2011

Jenis- jenis Hamster

Hamster adalah rodensia yang sangat comel dan merupakan haiwan kegemaran manusia selain kucing, anjing, kura- kura dan ikan. namun begitu, bukan semua jenis hamster boleh dipelihara. Beberapa jenis hamster yang dijadikan haiwan peliharaan termasuklah:

1. Hamster Syria

Hamster Syria sangat besar saiznya dan aktif pada waktu malam.
Mereka perlu ruang yang cukup besar untuk memberi keselesaan.
Hamster jenis ini juga perlu selalu diberi peluang bersenam kerana kebiasaan mereka menjelajah hutan berkilometer jauhnya.
Jadi tuan punya hamster perlulah menyediakan roda yang besar untuk haiwan comel ini.
Ia mudah dijaga dan hanya perlu diberus bulunya secara berkala.


2. Hamster Cina Berbelang

Hamster Cina Berbelang ini jarang- jarang ditemui di kedai haiwan peliharaan.
Mereka sangat jinak dan manja terutama kepada orang yang selalu memberi mereka makanan. Hamster berekor pendek ini tidak cerewet, tidak menggigit dan tidak bising.
Mereka juga jarang dijangkiti penyakit.
Cara penjagaannya sama saja seperti hamster kenit yang lain.

3. Hamster Putih Salji

Hamster jenis ini sangat kecil dan biasanya berwarna kelabu pekat.
Haiwan ini tidak bersifat ego, ia akan berkongsi tempat tinggal dengan hamster lain dengan harmoni dan mudah dijaga baik dari segi pemakanan dan juga tempat tinggal.

4. Hamster Campbell


Hamster Campbell lazimnya berwarna coklat dan kelihatan seakan- akan hamster putih salji.
Mereka boleh bergaul mesra walaupun ada kalanya pergaduhan kecil tercetus.
Selain itu, hamster jenis ini juga membiak dengan cepat.
Kebanyakan Campbell suka menggigit dan kurang mesra kepada manusia.

5. Hamster Roborovski

Hamster Roborovski atau Robo adalah hamster yang paling kenit saiznya.
Jenis ini berasal dari Mongolia.
Mereka juga hidup dalam kelompok tetapi jika kelompok itu terlalu padat, persaingan untuk makanan dan ruang akan memaksa Robo dewasa makan Robo kecil.
Saiz yang kecil dan sifat mereka yang lincah ini sangat menarik hati.


Manakala hamster yang tidak boleh dipelihara adalah dari jenis di bawah ini:

6. Hamster Armenia

7. Hamster Ciscaucasia

8. Hamster Eropah

9. Hamster Eversmann

10. Hamster Ladak

11. Hamster Mongolia

12. Hamster Lesser Panjang Ekor

13. Hamster Greater Panjang Ekor

14. Hamster Tikus

15. Hamster Tibet

16. Hamster Rumania

17. Hamster Turki

Sumber: Hamster Site

Tiada ulasan:

Catat Ulasan