~Terima kasih kerana mengunjungi blog ini~

Khamis, 24 Mac 2011

Cara Spontan Meningkatkan Kemesraan

Hidup berpasangan ini sungguh sensitif. Perhubungan suami isteri boleh berubah hanya disebabkan sepatah perkataan atau satu perbuatan. Jika akhir- akhir ini hubungan anda agak dingin, sesuatu boleh dilakukan bagi memperbaiki keadaan anda itu. Panduan berikut ini adalah khusus buat golongan isteri, namun begitu ia juga maklumat yang berguna bagi kaum suami atau mereka yang bakal melangkah ke alam perkahwinan.

* Mencuit
- Cuit mencuit boleh dilakukan pada bila- bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tegang semasa membuat kerja, cuit- cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit stressnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian
fikirkan,jika semasa anda ganggu itu, okey atau tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tak kena gayanya, bukannya dapat menambahkan kemesraan tapi malah pelempang naik ke muka. Bukankah naya namanya.

* Kenyit mata
- Sekali sekala kenyit- kenyitlah mata itu pada yng tersayang. Masa kan anda lupa bagaimana mengenyit? Buatlah seperti semasa mengurat dulu. Seronok betul mengusik si dia dengan cara ini. Responnya juga pasti menggembirakan hati anda.

* Memegang tangannya
- Tiada salahnya minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurnya barang itu, ambil tangannya, bukan ambil barang itu. Lepas tu pura- puralah minta maaf ops, maaf terpegang.Tak sengaja. Kalaulah ini anda lakukan, pasti dia akan melirik manja kepada anda.

* Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
- Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah sikit untuk melakukannya. Sekali- sekala, semasa mandi, bukalah pintu sedikit saja, jangan besar sangat. Bukalah cukup- cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sedikit kan lebih seronok daripada nampak banyak. Kemudian, buat- buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Baru ada feel.

* Ops, maaf terpegang
- Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin- rajin gerakkan tangan kononnya tersentuh. Cara ini agak sudah basi tapi tiada salahnya asal anda bahagia. Kalau cuma anda berdua di kereta misalnya, seronok juga menyakat nak masuk gear, ops terpegang tangan.

* Urut- mengurut
- Sekali sekala apa kata kalau anda urut- urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah bila- bila masa saja misalnya semasa menonton tv atau semasa berbual.

* Usik melalui telefon
- Kalau ada masa, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnnya dan kononnya hendak bercakap dengan seseorang. Buat seperti tersalah nombor. Lepas itu, usiklah dia biar dia marah. Bila sudah sampai di kemuncak perbualan dan si dia memang sudah marah, anda perkenalkanlah diri. Tentu menarik. Tapi biarlah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula yang dimarahinya.

* Suapkan makanan
- Bukan cuma anak- anak mau disuap. Si dia pun sekali sekala mau juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradab masa bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia barulah mesra.

* Betul- betulkan rambutnya
- Kadang- kadang terlalu sibuk buat macam- macam kerja sampai diri sendiri tidak terurus. Bolehlah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul- betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemudian hadiahkanlah si dia dengan ciuman, wah romantiknya.

* Jalan macam itik
- Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, ubah sekejap cara anda berjalan. Biar lemah lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.

* Eh tuala terlepas
- Jika melihat si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju lepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat- buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti besar matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tapi tidak menyangka. Lepas itu terpulanglah kepada anda.

* Jeling- jeling
- Kalau tenung lama- lama nanti orang marah. Malah itu cukup menjengkelkan. Jadi demi tidak menyakitkan hati orang, sebaliknya menambat hati si dia, jeling- jeling sajalah.


* Cubit- cubit
Cubitan itu biarlah cubit sayang. Janganlah pula terlampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit.
Bimbang nanti lain jadinya.Elok- elok nak bergurau senda, akhirnya jadi perang.

* Gesel badan
- Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu- malu untuk terbergesel dengan si dia. Tak payahlah mau mengelak, lagi rapat lagi bagus. Selain boleh meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh menjadi mukadimah untuk hubungan seterusnya.

* Hembusan lembut di telinga
- Nampak gampang dan jarang dilakukan namun besar maknanya. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap.

* Ciuman di dahi
- Kalau yang ini dilakukan, pasti ramai yang cemburu. Wah mesranya pasangan itu. Jadi jangan tunggu lama, lakukanlah taktik ini dan anda akan dapat rasa sendiri perubahannya.

* Sembur wangian dii bilik
- Rumah adalah syurga keluarga. Oleh itu pastikanlah rumah anda sentiasa bersih dan wangi. agar tiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda akan tenang. Bila sudah tenang, segalanya akan terasa lebih mudah.

* Tolong betulkan baju
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah natara masa yang paling sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang kerana masing- masing terkejar- kejar takut lambat ke pejabat. Bagi yang ingin kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul- betulkan pakaiannya biar lebih kemas.

* Bisikkan kata romantik
- Sedangkan berkias juga boleh romantik , apalagi kalau yang terus terang. Bisikkan pada telinganya pada mood yang sesuai. Mesti dia akan tersenyum lebar.


Cara ini memang spontan dan seronok dilakukan, tapi ada tapinya, jangan dilakukan selalu. Ia hanya boleh dilakukan SEKALI- SEKALA sahaja baru ada auranya. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan