~Terima kasih kerana mengunjungi blog ini~

Selasa, 15 Februari 2011

Memasak Menggunakan Kadbod dan Tenaga Solar

KOTAK KYOTO




Sebuah kotak kadbod bernilai RM 21.70 yang menggunakan kuasa solar untuk memasak makanan, mensterilkan air telah dipilih untuk memenangi hadiah utama bernilai RM 271, 250 dalam pertandingan FT Climate Change Challenge. Kotak bukan sembarang kotak ini akan membantu 3 bilion golongan miskin di seluruh dunia untuk mengurangkan kesan rumah hijau iaitu dengan mengurangkan penggunaan untggun api. Namanya Kyoto Box diambil sempena United Nation's Kyoto Protocol. Penciptanya? Jon Boehmer, warganegara Norway yang bermastautin di Kenya. Boehmer menjalankan ujikaji doi 10 buah negara termasuklah Afrika Selatan, india dan Indonesia untuyk mengumpul data kredit karbon.

Fakta mengenai Kotak Kyoto:

* Dinamakan sempena UNKP
* Disasarkan untuk penduduk miskin yang masih menggunakan unggun api untuk memasak
* Dianggarkan dapat mengurangkan sehingga 2 tan penyebaran gas karbon dari setiap keluarga setiap tahun.
* Lapisan aluminiumnya untuk meningkatkan suhu
* Cat hitam berfungsi untuk menyerap haba
* Periuk hitam di tengahnya juga berfungsi untuk meyerap haba
* Penutup akrilik memerangkap cahaya matahari
* Bentuk kotaknya mudah diangkut, pengguna tidak perlu menghadapi sakit pinggang dan tulang belakang akibat mengangkut kayu api
* Dicipta untuk mengurangkan risiko kematian akibat terhidu asap (1.6 juta wanita dan kanak- kanak mati akibat terhidu asap setiap tahun)
* Mengurangkan penebangan hutan
* Kurang risiko kebakaran
* Membersihkan air untuk diminum
* Pengguna kayu api tidak perlu lagi berhadapan dengan haiwan liar di hutan
* Makanan masak dengan perlahan pada suhu rendah, jadi vitamin dan khasiat lainnya dapat dikekalkan
* Tidak menggunakan sebarang bahan bakar langsung


Sumbernya: Kyoto Box

2 ulasan:

  1. Di manakah jualnya kotak Kyoto di kelantan??\

    BalasPadam
  2. Ada tak dijual secara online ?

    BalasPadam