~Terima kasih kerana mengunjungi blog ini~

Ahad, 30 Januari 2011

Tips Mengenalpasti Telefon Asli Atau Ciplak

Kita semua semestinya ingin tahu sama ada telefon bimbit yang kita gunakan ini asli atau ciplak. Cara memeriksa kod ini adalah cara lama, tapi masih relevan dipraktikkan bagi sesiapa yang belum maklum akan cara- caranya. Jadi, sila perhatikan kod-kod di bawah dan semoga kita sama- sama menjadi pengguna bijak dengan membeli barangan tulen.

Sila lakukan langkah berikut:

1. Tekan *#06# dan tekan dail - nombor siri atau IMEI akan terpapar di skrin telefon bimbit anda

2. Sila lihat pada nombor siri 15 angka atau IMEI telefon anda, fokus pada nombor digit ke-7 dan ke-8.

3. Contoh 958061016411753

Sila lihat telefon anda sekarang pada no digit 7 dan 8

01 atau 10 - buatan Finland, maksudnya telefon itu baik kualitinya
02 atau 20 - buatan China atau Emiriyah, maksudnya kualiti sangat buruk
08 atau 80 - buatan Jerman, maksudnya berkualiti
00 - maksudnya ia dihasilkan di kilang asal dan kualiti pada tahap terbaik.
13 - maskudnya telefon itu dibuat di Azerbaijan dan berkualiti rendah serta membahayakan kesihatan

Kes yang pernah berlaku:

a) 01 atau 10 itu bukan buatan China, tetapi dari kilang asal syarikat telefon tersebut, jadi kualitinya lebih baik berbanding buatan China.

b) Ada juga kes badan telefon itu mempunyai pelekat SIRIM, dan apabila pelekat itu dicabut, kelihatan 'made by nokia' tapi selepas buat *#06#, nombor yang keluar = 353504029093758.Kenapa pula ia buatan China? Bila berhadapan dengan keadaaan ini, lebih baik anda tidak percaya kepada cop luaran telefon itu. Hakikatnya, tulisan made in nokia itu boleh dibuat di mana- mana kilang dan satu lagi, telefon ciplak biasanya ringan.

c) Tidak kiralah telefon jenama apa pun, kalau diSUB kan ke kilang China, ia akan tetap asli. Tetapi bagi jenama nokia, banyak negara yang menciplaknya padahal negara asalnya Finland. Tambahan pula, telefon buatan China berbeza dengan yang asli iaitu bentuknya sama tetapi fungsinya berlainan. 80% telefon nokia dilengkapi sistem symbian dan yang buatan China semuanya java.

d) Kebanyakan telefon asli tulen (SE, Nokia, HTC dan sebagainya) sekarang memang dibuat di China. Cukup mudah sebenarnya untuk kita bezakan telefon tulen dengan yang ciplakan China berdasarkan 4 aspek berikut:

* harga - harga Iphone asli tulen dalam RM2k++ tapi Itouch (Iphone yang diciplak) hanya RM300++
* kualiti - pegang pun kita boleh beza antara kualiti asli dengan tiruan
* operating system - nokia asli selalunya pakai symbian, tapi kalau nok'L'a (nokia yang diciplak) pakai java
* skrin - telefon asli akan membuatkan gambar kelihatan cantik, sebaliknya bagi telefon ciplak.



6 ulasan:

  1. 05 best mobile quality

    BalasPadam
  2. Klau 04 macam mna pulak

    BalasPadam
  3. 07 la 08 la banyak pulak cekadak korang.

    BalasPadam